Tuesday, August 25, 2009

Teringinnyer nak makan Yong TAu Fuu

Hari ini dah hari ke 5 puasa, alhamdulillah aku dah berjaya mengharungi 4 hari yang lalu dengan jayanya. tapi tadi lepas kelas aku teringin sangat nak makan Yong Tau Foo.. kat melaka ni bukan tak ada yong tau fuu tapi kuah dia tak sama macam kat seremban tu. kalau kat sereban kuah yong tau fuu ni warna dia agak gelap sikit tapi kalau kat melaka ni makan yong tau fuu dengan kuiah sup tu... tak pedas langsung dan pastinya aku tak ada feel nak makan bila tak pedas...

Akukan anak jati negeri sembilan... mestilah nak makan pedas. Aku teringat hari ni hari rabu kat umah ibu kat Labu, negeri sembilan ada pasar malam petang ni... selalunya kalau ada pasar mlm pasti ada org yang akan jual yong tau fuu...

tadi aku tel ibu cakap aku teringin sangat nak makan yong tau fuu kat sana, ibu kata macam mana nak balik, angahkan kerja esok.. tulah kalau dekat dah lama kau balik.. kalau bujang dah lama lepas kerja aku cabut balik seremban... esok lepas subuh aku datanglah pej semula.. hahaha

aduh sedappnya...

Sunday, August 23, 2009

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa

Selamat berpuasa semua...
Alhamdulillah tahun ini sekali lagi kau diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan Ramadhan. Hari ini masuk Ramadhan yang ke 3, alhamdulillah aku berjaya melalui 2 hari yang lepas dengan jayanya. Tahniah sayang, (kata suami ku) huhuhu. walau pun puasa tahun ini penuh cabaran tapi aku berniat untuk melakukannya sebaik mungkin. Dengan keadaan badan yang tak begitu stabil sekarang ni, aku rasa aku perlu kuat untuk melalui bulan yang datang hanya setahun sekali ini. Damia sekarang dah pandai jalan, dan sangat lasak kemana papanya pg dia akan ikut dr belakang, kadang2 aku ketawa sendiri tgk dia sama2 berjalan belakang papanya, dengan aku kurang sikit mungkin aku tak berapa larak sangat nak melayan dalam keadaan diri yang sebegini.Aku sekali lagi memanjat rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan Allah suami yang sangat penyayang dan memahami dan aku harap keadaan ini kekal sehingga ke akhir hayat kami, dan aku rasa sungguh bertuah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat bijak serta mendengar kata.(kata akulah kata org lain aku tak tahu lagi, sebb damia kecik lagi) hahahaha.