Sunday, August 23, 2009

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa

Selamat berpuasa semua...
Alhamdulillah tahun ini sekali lagi kau diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan Ramadhan. Hari ini masuk Ramadhan yang ke 3, alhamdulillah aku berjaya melalui 2 hari yang lepas dengan jayanya. Tahniah sayang, (kata suami ku) huhuhu. walau pun puasa tahun ini penuh cabaran tapi aku berniat untuk melakukannya sebaik mungkin. Dengan keadaan badan yang tak begitu stabil sekarang ni, aku rasa aku perlu kuat untuk melalui bulan yang datang hanya setahun sekali ini. Damia sekarang dah pandai jalan, dan sangat lasak kemana papanya pg dia akan ikut dr belakang, kadang2 aku ketawa sendiri tgk dia sama2 berjalan belakang papanya, dengan aku kurang sikit mungkin aku tak berapa larak sangat nak melayan dalam keadaan diri yang sebegini.Aku sekali lagi memanjat rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan Allah suami yang sangat penyayang dan memahami dan aku harap keadaan ini kekal sehingga ke akhir hayat kami, dan aku rasa sungguh bertuah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat bijak serta mendengar kata.(kata akulah kata org lain aku tak tahu lagi, sebb damia kecik lagi) hahahaha.

No comments:

Post a Comment