Wednesday, September 30, 2009

anakku

Bersama sebahagian tetamu yang hadir

Atok yang terlalu manjakan Damia

Birthday Girl



Damia dah penat beraya....



Apabila Damia merajuk

28/09/09 lalu genap lah umur Damia Delisyaa puteri kesayangan ku dan suami berumur setahun. cepat jer masa berlalu... rasanya baru semlm aku melahirkannya, tak puas melihat dia menjadi bby, kini damia dah pun pandai berjalan.. masa umurnya 9 bulan dia dah mula jalan2 jatuh, masuk jer 10 bulan dah boleh berjalan kuat. alhamdulillah.

dan untuk mengambil kesempatan yang ada, bagi meramaikan majlis hari lahir damia kami buat di seremban di rumah keluargaku sebb ramai saudara mara yang boleh dtg sekali berhari raya. disini aku sisipkan gambar2 damia...
dan buat anakku yang comel, kini damia dah pun setahun kasih sayang mama dan papa tak pernah kurang walau seinci pun, mama dan paap harap apabila damia besar nnti damia akan menjadi anak yang baik. mama dan papa sentiasa mendoakan segalanya yang terbaik mu damia.

Sunday, September 27, 2009

Keinsafan..

setalah hampir 3 minggu aku bercuti kini aku memulakan tugas semula..
harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Minggu kedua ramadhan aku diuji oleh Allah, bby yang aku kandung selama 2 bulan hanya tinggal kantung sahaja.. sedihnya hanya tuhan shj yang tahu.. tapi aku redha. dan pada 4.09.09 aku menjalani D&C di Colombia hopsital di seremban. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan aku memanjat rasa syukurku kepada Yang Maha Esa kerana aku tidak merasa sedikitpun kesakitan sepanjang tempoh D&C dilakukan.. dan apa yang lebih memilukan hatiku genap 11 hari dari D&C yang pertama aku terpaksa menjalani D&C yang kedua kerana bayi kembarku juga tidak mampu bertahan.. Akhirnya aku kehilangan kedua2 bayi kembarku dlm tempoh masa kurang 2 minggu

sedih betul bila mengenangkan saat2 getir itu, namun aku redha dengan ujian allah ini. Mungkin ada hikmahnya disebalik semua kejadian. Namun begitu aku ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih buat suami yang tercinta kerana sentiasa berada disisi, buat ibu ayah yang sanggup ambil cuti semata2 nak jaga aku dan damia yang sangat lasak itu, buat adik2 ku yang tolong jaga dan mandikan damia, kawan2 yang bertanya khbar serta buat DR Intan yang memberi perkhidmatan yang terbaik sepanjang aku menjalani D&C...

Terima Kasih semua.