Monday, July 13, 2009

Ramadhan yang semakin hampir...


DAMIA DELISYAA BINTI MOHD ZAIREY

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut kedatangan bulan keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti2kan oleh seluruh umat Islam dimuka bumi ini. Insya allah kalau ada rezeki kita akan menjalani ibadah puasa tahun ini pada 22 Ogos 2009.

Aku berdoa sentiasa agar aku diizinkan Allah untuk kuat menjalani ibdat puasa pada tahun ini, tahun lepas aku hanya tinggal puasa 3 hari sahaja sebabnya 3 hari sebelum kita menyambut lebaran aku dikurniakan Allah permata yang sangat indah, dialah Damia Delisyaa.
Sebelum kedatangan bulan puasa tahun lepas aku cukup takut kalau2 aku tak mampu untuk menunaikan puasa, kerana pada kedatangan bulan ramadhan tahun lepas aku telah sarat mengandung sembilan bulan, tapi alhamdulillah sepanjang bulan puasa tahun lepas aku tidak menghadapi masalah. Mungkin ini yang dinamakan kasih sayang Allah untuk hamba2nya yang hamil.

Tahun ini aku juga bimbang kalau2 aku tak mampu untuk menunaikan puasa sekali lagi kerana aku adalah ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya. Fully breasfit for my bb.Damia tak minum susu formula :)
Tapi aku yakin aku mampu melakukannya walaupun aku menyusukan damia.

Thursday, July 9, 2009

kecewa...

Setelah meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk perpindahan suami ke Johol akhirnya dimaklumkan oleh suamiku bahawa berkemungkinan segala percaturan pihak atasan akan berubah..
akulah orang yang paling kecewa untuk menerima berita ini..
dan apa yang lebih mengecewakan aku adalah?
kemungkinan suamiku akan ditepatkan di Muar... dengar macam dekatkan tapi lokasinya di Muar Utara..dah dekat dgn Batu Pahat.

berkemungkinan suami ku tak mampu untuk berulang lagi dari Selandar ke Muar...
Pening kepala aku memikirkan masalah yang timbul hari ni, kalau aku tak ada bby mungkin tak pelah aku berjauhan dgn suami tapi ni aku bby yang tengah membesar.

Tension seh...
sakit hati pun ada jugak
yang mengherenkan aku adalah semua yang bertukar mohon untuk dekat dgn pasangan masing2, dan menjadi mangsa keadaan adalah suamiku..
dan yang paling teruk menjadi mangsa ini tentulah aku dan damia delisyaa...

malas aku nak pk, harapan yang sangat tinggi aku letakkan , ni pulak jadinya. lebih teruk dan menyakitkan.

Wednesday, July 8, 2009

menanti satu penyeksaan

hmmm, mlm tadi masa suamiku balik dari pejabat kami pun berboraklah macam biasa..
tapi ada berita yang tak berapa nak sedap untuk aku dgr,
kata suamiku, pertukarannya dari damansara ke johol, akan bermula pada tarikh 15.08.2009...
hmmm lama lagilah nampaknya kalau tak mengikut jadual awal suamiku akan memulakan khidmatnya di Johol pada 1.08.2009.

tapi nak tak nak pun aku kenalah akur, sebbnya bukan aku yang uruskan surat tukar suamiku hehehehe, kalau aku yang uruskan dr dulu lagi aku akan dekatkan suamiku dgn kediaman kami.

jadi penantiaan itu memang satu penyeksaan.

Tuesday, July 7, 2009

bantu membantu

Perkataan bantu membantu memang mudah untuk kita ucapkan tapi amat sukar untuk kita laksanakan. betulkan?
Kadang2 kita boleh jer cakap akan bantu orang tu tapi bila tiba waktunya, kita tak akan dapt membntu. Bagi pasangan suami isteri yang bekerjaya istilah bantu membantu amatlah dititik beratkan, tak bolehlah suami dgn egonya langsung tak nak membantu kerja2 rumah..manakala istri pulak terbeban dgn 2 tugas yang berat iaitu bekerja dan menjd surirumah sepenuhnya apabila tiba dirumah.

Alhamdulillah sepjg pernikahan kami, aku tak menghadapi masalah dr segi menguruskan rumah tangga kerana apa? kerana aku dikurniakan seorang suami yang sedia membantu banyak perkara dalam rumah. Suamiku akan lakukan apa sahaja dirumah, kecuali 2 benda sahaja iaitu mengosok baju (bukan suamiku tak boleh buat tapi gosokkannya agak kurang kemas) dan mengemas tempat tido manakala yang lain-lain2nya suamiku akan lakukan bagi meringankan bebanku.

Suamiku akan lakukan semua kerja ini masa aku lena diulit mimpi bersama anak kami, katanya kalau aku dan bb tido senang untuk dia kemas rumah sebb bb tak akan ganggu aktiviti mengemas dan bila aku pulak tido katanya kesiannya nak kejutkan sebab aku penat jaga bb.
Terima kasih banyak abang sebb menjadi suami yang sangat sempurna.

Tapi aku rasa sangat terbeban apabila suamiku terpaksa meeting atau berkursus diluar, masa ni lah aku akan jadi tak tentu arah, sebabnya semua benda aku terpaksa buat sendiri, menyapu, (itupun kadang2, kalau tak suamiku akan suruh tunggu sampai dia balik), basuh baju (kalau ada bajulah) dan mengemop lantai..(hmmm yang ni aku belum penah buat lagi sepanjang aku bergelar isteri)

dan yang paling tak bestnya bila suamiku kerja luar adalah aku tak ada kawan nak berborak..sebab setiap hari bila suamiku sampai jer rumah aku akan bercerita pelbagai cerita tah apa2 cerita semua keluar..dan suamiku yang sangat penyayang akan layan kan ajer aku ni.
tu sebb kalau aku merajuk aku akan diam shj tanpa cerita suamiku akan perasan hehehe..

dan paling bahagianya aku bergelar istri adalah kerana suamiku sangat manja dan penyayang,apa yang manja dan penyayang biarlah aku jer yang tahu...

ok nnti aku cerita lagi apa istimewanya suamiku ini..

Monday, July 6, 2009

Dedikasi buat suamiku


Alhamdulillah, aku baru jer terima berita yang sangat mengembirakan hatiku...
apa beritanya? Akhirnya setelah setahun 9 bulan suamiku berulang alik dari Damansara ke Selandar Melaka, akhirnya pada Ogos ini suamiku akan memulakan tugasnya yang baru dengan jawatan baru di Johol Negeri Sembilan.
Tahniah Abang..

Orang akan bertanya dua kali pada aku betul ker suami ku berulang dari Damansara ke Selandar setiap hari... itulah kebenarannya.
sejak kami nikah hinggalah saat ini itulah yang suamiku lalui saban pagi.
kadang2 hatiku tersentuh melihat pengorbanan suamiku..aku sudah bertanya pada ramai kenalan lelaki adakah mereka sanggup buat sepertimana suamiku lakukan, kata mereka hush... gilalah, mana boleh, sakit2 badan naik bas hari2...
Andai aku di tempat dia pun aku mungkin tak sanggup melakukan seperti mana dia lakukan untuk diriku,
harinya bermula seawal 4.30 pg, pukul 5.00 pg dah siap2 naik kereta untuk ke alor gajah untuk naik pula bas ke puduraya, setelah itu naik pula motor terus ke damansara. Bayangkan setiap hari terpaksa melaluinya.
ptg akan sampai ke rumah dlm pukul 7.30 mlm.
itulah waktu berhanrga bagi kami untuk bersama seisi keluarga.
cuma seorang insan yang sanggup buat semua itu untuk diriku dan anak kecik kami.
Aku sangat menghargai penat lelah dan pengorbanan yang telah suamiku curahkan pada keluarga kami...

Aku tak pernah minta dia berulang setiap hari dari awal perkahwinan kami lagi aku telah cakapkan padanya disebbkan kerja kita yang berbeza biarlah kita bertemu seminggu sekali, dan suamiku pun bersetuju, namun setelah kami tinggal bersama, suamiku tak sampai hati untuk tinggalkan aku sendirian di Melaka ni, dan akhirnya setelah sebulan bernikah aku disahkan hamil, suamiku lebih nekad untuk berulang setiap hari.

Abang, terima kasih banyak sebab sanggup berulang demi sayang dan damia dan terima kasih jugak sebb banyak membantu buat kerja rumah hehehe
Aku selalu caakp dengan diriku sendiri andai ada anugerah yang terulung untuk dianugerahkan untuk suami, pastinya nama suamiku akan ku calonkan.Dialah Mohd Zairey bin Yahya.