Monday, July 13, 2009

Ramadhan yang semakin hampir...


DAMIA DELISYAA BINTI MOHD ZAIREY

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut kedatangan bulan keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti2kan oleh seluruh umat Islam dimuka bumi ini. Insya allah kalau ada rezeki kita akan menjalani ibadah puasa tahun ini pada 22 Ogos 2009.

Aku berdoa sentiasa agar aku diizinkan Allah untuk kuat menjalani ibdat puasa pada tahun ini, tahun lepas aku hanya tinggal puasa 3 hari sahaja sebabnya 3 hari sebelum kita menyambut lebaran aku dikurniakan Allah permata yang sangat indah, dialah Damia Delisyaa.
Sebelum kedatangan bulan puasa tahun lepas aku cukup takut kalau2 aku tak mampu untuk menunaikan puasa, kerana pada kedatangan bulan ramadhan tahun lepas aku telah sarat mengandung sembilan bulan, tapi alhamdulillah sepanjang bulan puasa tahun lepas aku tidak menghadapi masalah. Mungkin ini yang dinamakan kasih sayang Allah untuk hamba2nya yang hamil.

Tahun ini aku juga bimbang kalau2 aku tak mampu untuk menunaikan puasa sekali lagi kerana aku adalah ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya. Fully breasfit for my bb.Damia tak minum susu formula :)
Tapi aku yakin aku mampu melakukannya walaupun aku menyusukan damia.

1 comment:

  1. Selamat datang ka donia blog!!

    Thanx for viewing my blog :)

    good luck menaip, good luck with your baby, good luck with your husband's pindah2 keje ni..
    All the best, insyaAllah semua ade hikmahnye..

    ReplyDelete