Wednesday, October 21, 2009

Suprise..Suprise...

ok ni pun cerita semlm jugak,
kan org dah cerita sekarang ni org tengah buntu nak cari apa nak belikan suami sempena ulangtahun pernikahan kami yang ke dua tahun...
sampai hari ni pun tak ada idea.

disebabkan bajet hujung tahun yang semakin mengecil jadi saya ni mengehadkanlah pembelian hadiah sempena ulangtahun pada kali ini sekitar RM300, boleh tak?
Bukan kedekut tapi itu sahaja yang mampu.

so sapa yang tersinggah kat blog saya ni boleh lah bagi pendapat apa yang paling ideal untuk dihadiahkan pada suami tercinta :)

Apa melalut ni, ok sambung cerita semlm.. sebenarnya dari hari isnin lagi mr husband tak ada kat umah meeting kat KL, tinggallah daku bersama damia comel dirumah...so petang rabu dah tahu dah suami nk balik..mr husband pun cakplah dalam tel dia ada belikan Famous Amos kegemaran ku, so semangat lah tunggu mr husband balik...

so sampai2 je suami kat umah dia terus ajak kuar jap bawa damia jln2 naik kereta sekitar2 taman dengan beli makanan untuk mlm nnti, so mlm ni tak yah masak lah..sampai jer rumah..

Mr husband pun panggil mengadap dia, aduh cuaknya...apa yang aku dah buat ni? aku ada buat salah ker? seingat aku tak ada..mr husband bukanlah kasar orgnya tapi kalau dia panggil dekat dengan dia dan cakap ada benda sikit abang nak bincang ni, aku jadi takut, sebbnya mesti aku ada buat silap..

aku pun duk lah dekat dengan mr husband, dan my husband tanya soalan yang selalu dia tanya kat aku...apa soalannya? dia tanya, sayang bahagia tak hidup dengan abang hampir 2 tahun ni?
napa soalan ni yang ditanya, tentulah jawapan aku sangat2 bahagia..bila dah selesai sesi soal jawab,mr husband pun minta aku tutup mata...

alamak macam ada suprise jer ni?

jeng...jeng...jeng

Subahanaallah... i phone ker?
kotak i phone baru

ini adalah gamabaran luarnyaini pula bahagian dalamnya

dan ini pula pandangan bahagian belakang i phone
iyer itulah yang saya perolehi semalam..kata mr husband nilah hadiah yang abang mampu bagi untuk ulangtahun pernikahan kita pada tahun ini.
Alahai seronoknya..
I love u abang :)

Hadiah yang Istimewa

Semlm hari yang paling best aku rasa, kenapa?
Sebab semlm aku dpt sesuatu yang selama ini aku sangat2 impikan

ok pertamanya, aku adalah pengemar atau encinta minyak wangi
tapi biasalah, hati ni teringin sangat tapi kadang2 tak dpt ditunaikan kehendak sebb banyak lagi hal2 lain yang lebih penting.

tapi bulan ni alhamdulillah aku dpt jugak membeli sebotol lagi minyak wangi idaman aku selama ini, dkny apple fresh blossom. aku sangat suka baunya yang lembut dan tak terlalu menusuk idung. sebelum ni aku ada jugak beli apple ijau dan merah. yang aku pakai hanya apple ijau sebb boleh diterima oleh idung ni tapi apple merah telah kuberikan pada adik aku sebb aku tak berapa suka bau dia yang terlalu menusuk idung. maklumlah masa tu mengandung semua bau tak kena.

dan ini adalah hadiah yang aku berikan untuk diriku sendiri setelah penat bekerja selama setahun.

Inilah minyak wangi yang saya idamkan :)

Ini pula beberapa koleksi minyak wangi yang ada

Wednesday, October 14, 2009

Ulang tahun pernikahan yang ke 2

Tinggal lebih kurang sebulan lagi, genaplah usia pernikahan aku dan suami 2 tahun.
Rasanya baru semlm kami bernikah :)
kejap jer masa berlalu, kini aku telah pun bergelar mama.

Alhamdulillah kerana aku dikurniakan allah sebuah keluarga yang amat amat bahagia,
dikurniakan seorg suami yang sangat penyayang, penyabar dan sangat rajin membantu..
yang kurang elok tu tak yah lagi bagitahu ek :)

aku juga sangat bahagia dikurniakan anak perempuan yang sangat comel dan bijak, tak pernah sekali pun membebankan aku.

Terima kasih buat abang dan Damia..
kerana menyempurnakan hidup ini.

cakap dah banyak...
tapi org sebenarnya tak ada idea nak beli hadiah apa untuk abang...
sapa2 ada idea?
kongsilah dengan saya :)

Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah,
Akhirnya selamat jugak aku dan suami mengadakan jamuan hari raya di rumah kami..
sebenarnya jamuan ni tak dirancang pun, tapi mr suami cakap kalau nak ajak kawan2 dtg umah jemput lah sekali...

so masa dah di tetapkan, menu jugak telah dipilih. Maka pada hari isnin 12 Oktober 2009 berlansunglah majlis jamuan hari raya dirumah ku, di Selandar ini. Jamuan bermula dr pukul 5.00 petang hingga tgh malam, alhamdulillah 97% warga KKSL sudi datang memeriahkan majlis dirumahku.

Antara menu yang ada, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, roti jala, sambal goreng, kuih koci,kek lapis dan kuih2 raya yang lain..dan airnya sirap laici.

Terima kasih pada ibu mentuaku yang sudi memasakkan ke semua menu diatas, terima kasih jugak pada ibu dan ayah yang datang jauh dr seremban dengan membawa kuih koci yang sangat lazat.Terima kasih pada yani (adik ipar) yang sudi membantu membuat air sirap laici, juga pada adik2 ku yang tolong tgk2kan Damia.dan apa yang aku buat? hehehe aku cuma masukkan makanan ke dalam bekas untuk tetamu, dan tukang rasa shj :)

Terima kasih tidak terhingga buat suami ku yang tercinta kerana memberi keizinan untuk mengadakan rumah terbuka, walaupun sibuk meeting di PWTC tapi sempat jugak sampai ke rumah sebelum acara bermula. Mr suami adalah org kuat dlm majlis ini kerana dialah yang bertungkus lumus mengemas rumah sebelum dan selepas acara berakhir..

Sebenarnya hati ini teringin sangat untuk mengambil gambar untuk diabadikan jadi kenang-kenangan pada hari tersebut tapi disebabkan kesibukan menyambut tetamu, segala apa yang dipikirkan tak terlaksana.. lupa lah, dah selesai majlis baru ckap dengan mr suami, ala... sayang lupalah ambik gambar tadi..hehehe baisalah aku ni kan pelupa orangnya.So tak dapatlah saya menepek gamabar2 itu dilaman blog ini :(