Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah,
Akhirnya selamat jugak aku dan suami mengadakan jamuan hari raya di rumah kami..
sebenarnya jamuan ni tak dirancang pun, tapi mr suami cakap kalau nak ajak kawan2 dtg umah jemput lah sekali...

so masa dah di tetapkan, menu jugak telah dipilih. Maka pada hari isnin 12 Oktober 2009 berlansunglah majlis jamuan hari raya dirumah ku, di Selandar ini. Jamuan bermula dr pukul 5.00 petang hingga tgh malam, alhamdulillah 97% warga KKSL sudi datang memeriahkan majlis dirumahku.

Antara menu yang ada, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, roti jala, sambal goreng, kuih koci,kek lapis dan kuih2 raya yang lain..dan airnya sirap laici.

Terima kasih pada ibu mentuaku yang sudi memasakkan ke semua menu diatas, terima kasih jugak pada ibu dan ayah yang datang jauh dr seremban dengan membawa kuih koci yang sangat lazat.Terima kasih pada yani (adik ipar) yang sudi membantu membuat air sirap laici, juga pada adik2 ku yang tolong tgk2kan Damia.dan apa yang aku buat? hehehe aku cuma masukkan makanan ke dalam bekas untuk tetamu, dan tukang rasa shj :)

Terima kasih tidak terhingga buat suami ku yang tercinta kerana memberi keizinan untuk mengadakan rumah terbuka, walaupun sibuk meeting di PWTC tapi sempat jugak sampai ke rumah sebelum acara bermula. Mr suami adalah org kuat dlm majlis ini kerana dialah yang bertungkus lumus mengemas rumah sebelum dan selepas acara berakhir..

Sebenarnya hati ini teringin sangat untuk mengambil gambar untuk diabadikan jadi kenang-kenangan pada hari tersebut tapi disebabkan kesibukan menyambut tetamu, segala apa yang dipikirkan tak terlaksana.. lupa lah, dah selesai majlis baru ckap dengan mr suami, ala... sayang lupalah ambik gambar tadi..hehehe baisalah aku ni kan pelupa orangnya.So tak dapatlah saya menepek gamabar2 itu dilaman blog ini :(

No comments:

Post a Comment