Sunday, September 27, 2009

Keinsafan..

setalah hampir 3 minggu aku bercuti kini aku memulakan tugas semula..
harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Minggu kedua ramadhan aku diuji oleh Allah, bby yang aku kandung selama 2 bulan hanya tinggal kantung sahaja.. sedihnya hanya tuhan shj yang tahu.. tapi aku redha. dan pada 4.09.09 aku menjalani D&C di Colombia hopsital di seremban. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan aku memanjat rasa syukurku kepada Yang Maha Esa kerana aku tidak merasa sedikitpun kesakitan sepanjang tempoh D&C dilakukan.. dan apa yang lebih memilukan hatiku genap 11 hari dari D&C yang pertama aku terpaksa menjalani D&C yang kedua kerana bayi kembarku juga tidak mampu bertahan.. Akhirnya aku kehilangan kedua2 bayi kembarku dlm tempoh masa kurang 2 minggu

sedih betul bila mengenangkan saat2 getir itu, namun aku redha dengan ujian allah ini. Mungkin ada hikmahnya disebalik semua kejadian. Namun begitu aku ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih buat suami yang tercinta kerana sentiasa berada disisi, buat ibu ayah yang sanggup ambil cuti semata2 nak jaga aku dan damia yang sangat lasak itu, buat adik2 ku yang tolong jaga dan mandikan damia, kawan2 yang bertanya khbar serta buat DR Intan yang memberi perkhidmatan yang terbaik sepanjang aku menjalani D&C...

Terima Kasih semua.

2 comments:

  1. melor, sabar ye...Allah uji hambaNya yg dikasihiNya... melor ngandung kembar tiga ke? akak tak faham la yang...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak...
    bby melor tu kembar dua jer kak :)
    tapi tak ada rezeki kan...

    ReplyDelete